Sunday, April 12, 2009

Warna-warna Perjalanan LDP SKM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Blog ini wujud rentetan dari kursus membina blog yang dianjurkan oleh JK LDP SK Methodist. Dah kursus takkan tak nak dimanfaatkan betul tak? Walaupun tak sehebat mana tetapi bagi budak yang baru belajar ini, ianya sudah memadai dan ia amat menyeronokkan. Lagipun, LDP di SKM tidak ingin ketinggalan mengambil bahagian dalam kesibukan dan kemeriahan dunia ICT.

Selain ingin berkongsi pengalaman dan ilmu, blog ini juga memaparkan kisah dan cerita dalam LDP di SKM...Di samping kami mengajar kami juga sibuk dengan aktiviti mencari ilmu bagi menambah apa saja kekurangan dalam diri. Itulah LDP..mantap dan menuju kecemerlangan.

No comments:

Post a Comment