Saturday, January 19, 2013

LADAP BIL 1/2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

                   Pada hari Sabtu yang lepas iaitu pada 19 Januari 2013 bermula jam 8.30 pagi, Jawatankuasa Perkembangan Staf SK Methodist telah berjaya menganjurkan kursus dalaman pertama tahun 2013 bertajuk Headcount dan VLE. Seramai 42 orang guru dan kakitangan sokongan telah menghadiri kursus dalaman ini.

                   Tajuk pertama iaitu Headcount telah disampaikan oleh En Gee Kuang Beng. Beliau merupakan Pengetua di SMK Methodist (ACS) Parit Buntar, Perak. Selepas rehat kursus diteruskan dengan VLE yang disampaikan oleh En Tashir Azhar bin Tajon Aros yang merupakan Penyelaras Bestari di SK Methodist, Parit Buntar, Perak.

                   Terima kasih kepada AJK yang telah bersama-sama menjayakan kursus kali ini. Terima kasih juga kepada penceramah-penceramah dan guru-guru yang hadir. Diharap kursus ini dapat menambah ilmu dalam bidang headcount  dan  VLE..Insyaallah.


Pengerusi Majlis - En. Mohamad Shazalli bin Mohd Rakhdi




Kusyuk dan tekun cikgu-cikgu nii...



En. Gee Kuang Beng.


Guru Besar, Tn Hj Shoyef bin Tukiman menyampaikan cenderahati kepada penceramah.


Peace yaa!


Aku dah lapor nii...

Sedap nasi lemak kak Aya, esok kita order lagi ye..


En. Tashir Azhar bin Tajon Aros - pakar VLE




Tetap sabar menunggu frog melompat..




Ok cikgu-cikgu, ape kata saya bagi CD.. cikgu sambung belajar kat rumah..homework!

Saya setuju sangat...

Sunday, April 12, 2009

Warna-warna Perjalanan LDP SKM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Blog ini wujud rentetan dari kursus membina blog yang dianjurkan oleh JK LDP SK Methodist. Dah kursus takkan tak nak dimanfaatkan betul tak? Walaupun tak sehebat mana tetapi bagi budak yang baru belajar ini, ianya sudah memadai dan ia amat menyeronokkan. Lagipun, LDP di SKM tidak ingin ketinggalan mengambil bahagian dalam kesibukan dan kemeriahan dunia ICT.

Selain ingin berkongsi pengalaman dan ilmu, blog ini juga memaparkan kisah dan cerita dalam LDP di SKM...Di samping kami mengajar kami juga sibuk dengan aktiviti mencari ilmu bagi menambah apa saja kekurangan dalam diri. Itulah LDP..mantap dan menuju kecemerlangan.